Webinar Percuma

Dapatkan kejelasan, keyakinan dan kejayaan pada 2026

Inspirasi SeeNI merupakan sebuah sisipan daripada segmen program Borak SeeNI yang telah memulakan siarannya pada 2 Disember 2025 di saluran Astro Prima.

Program berdurasi satu jam ini menampilkan pengasas-pengasas terkemuka jenama SME tempatan yang berkongsi kisah perjalanan mereka membina perniagaan dari peringkat awal sehingga menjadi jenama yang dikenali.

Program ini dikendalikan oleh Datuk Wira Dr Azizan Osman, bersama pengacara berpengalaman seperti Faizal Ismail, Nana Mahazan, Haziq Husni dan Keanu Azman.

Inspirasi SeeNI #1 - Di Sebalik Jenama Eskayvie

Eskayvie yang diasaskan oleh Dr. Kartika Wati Mohamed kini berkembang pesat sebagai jenama yang bukan sahaja menawarkan produk kesihatan, malah membawa misi memberi manfaat kepada masyarakat.

Perjalanannya turut melahirkan puluhan ribu usahawan serta memperluaskan pasaran hingga ke Indonesia.

Inspirasi SeeNI #2 - Anak Mula Bercakap & Semakin Bijak

Tipulah kalau anak anda tidak kenal dengan jenama ‘MommyHana’ ini. Daripada kuasai pasaran tempatan, kini terus mencipta nama hingga ke peringkat antarabangsa.

Ikuti kisah inspirasi di sebalik kejayaan ini bersama figura hebat di belakangnya, Tuan Farid Sangido dan Puan Hana Shahadan.

Inspirasi SeeNI #3 - Transformasi Pendidikan Demi Masa Depan

Kejayaan Cikgu Farhana Abu Osman dan Cikgu Muhd Habibunajar Sazali dalam mencetuskan pembaharuan dalam dunia pendidikan menerusi PPTI Online sememangnya tidak boleh disangkal lagi.

Mari ikuti kisah inspirasi di sebalik perjalanan yang penuh liku ini.

Inspirasi SeeNI #4 - Perabot Tempatan Kualiti Antarabangsa

Ku sangkakan perabot antarabangsa, rupanya dari negara sendiri!

Memang luar biasa pencapaian Puan Nur Laila Alway ini dalam membangunkan jenama Ella Furniture.

Inspirasi SeeNI #5 - Peneraju Jenama Automotif Antarabangsa

Go Auto merupakan jenama tempatan yang menjadi peneraju jenama automotif antarabangsa.

Dengarkan kisah hebat perjalanan bisnes ini bersama dengan pengasasnya sendiri, Tuan Haji Wan Ahmad Wan Omar.

Inspirasi SeeNI #6 - Dari Dapur Rumah ke Dapur Kilang

Sanggup tak anda tinggalkan kerja yang ada gaji tetap, ada jaminan pendapatan, dan ada kehidupan yang stabil untuk berniaga kek kecil-kecilan dari rumah seperti Mamasab?

Dengarkan kisah hebat perjalanan bisnes ini bersama dengan pengasasnya sendiri, Puan Siti Sabrina Sobri.

Inspirasi SeeNI #7 - Jantung Anda Kepakaran Kami

Dr Rahim Abd. Tahir, seorang doktor pakar jantung yang pernah berada di puncak kerjaya perubatan dan juga pernah tujuh kali gagal dalam bisnes ketika bekerja. Apa sebenarnya yang terjadi?

Inspirasi SeeNI #8 - Dari Anak Lahir Sebuah Harapan

Tak semua bisnes lahir kerana duit. Ada yang lahir kerana ‘misi’ untuk membantu anak sendiri. Ikuti perkongsian daripada pengasas Bartech iaitu Puan Nurul Adlinna Mohd Bakri dan Tuan Shaharuddin Abdul Karim ini.

Inspirasi SeeNI #9 - Kesejahteraan Dalaman Untuk Kecantikan Luaran

Kalau rupa je boleh buat orang berjaya, ramai orang cantik dekat luar sana patutnya dah jadi founder besar.Mari kita selami realiti sebenar bersama dengan pengasas Noir,Puan Eriyca Baiduri atau lebih dikenali sebagai Madammu dan Tuan Azri Che Noh.

Inspirasi SeeNI #10 - Rakan Strategik Membina Generasi Muslim

Bersama Ustazah Siti Khadijah Mohni, pengasas Hatimurni yang membina bukan sekadar pusat pembelajaran, tetapi one-stop centre untuk ibu bapa; tempat anak belajar, dibimbing dan dijaga dengan amanah.

Inspirasi SeeNI #11 - Rempah Faiza Turun Temurun

Generasi kedua, meneruskan legasi keluarga dengan menerajui Faiza Marketing yang bermula pada 1997, memperkenalkan rempah Faiza . Pengarah Urusannya, Hajah Najwa Abu Bakar diberikan amanah oleh ibunya untuk membawa jenama Rempah Faiza menjadi pilihan ramai.

Inspirasi SeeNI #12 - Legasi Gemilang Hidangan Seribu

Bagaimana pada mulanya nak membantu ibunya bagi menguruskan restoran, kini Puan Norhafizah Abd Karim sedang memacu pertumbuhan Zai Sri Gemilang ke tahap lebih tinggi. Sebagai Ketua Pegawai Eksekutifnya, beliau berjaya membawa transformasi Zai Sri Gemilang menjadi pilihan ramai terutama golongan selebriti dan VIP di negara.